Ok la secara jujur, sememangnya RM50,000 ni hasil perkongsian I and suami. Kiteorg berdua usaha kumpul duit masing-masing sampai dapat duit banyak tu. Kiteorg tak mintak pun sesen duit parents sebab tak nak dorang keluarkan duit. Mungkin akan ada yang akan cakap "Buat apa aku nak baca kenduri bajet RM50,000? Aku nak cari tips yang murah." Hehe. Kalau boleh I memang nak buat murah, tapi I sedar I nak majlis I lawa, so kena la realistik kan? XD
Oh, btw harga yang I letak dalam ni semua adalah harga yang telah dibundarkan. Tapi masih mengikuti bajet RM50,000.
Cerita dia bermula di sekolah, I memang seorang yang suka pelan untuk masa depan. Masa I habis STPM dulu, I dipanggil semula ke sekolah untuk menjadi guru ganti dorang bayar I RM10,000 lump sum lepas habis contract 6 bulan dengan dorang. Duit tu I langsung tak sentuh and simpan dalam duit for many, many years dengan niat nak kawen. Duit selebihnya, I simpan dari masa I study sikit-sikit and start kumpul lebih lepas dah dapat kerja. Sebelum I grad lagi dah I cari and dapat kerja.
Step 1: Venue (RM25,500)
Ni tips kalau korang nak dapat mur-mur - TOLONG LA PERGI KE EXPO PENGANTIN. Sana, korang boleh dapat banyak promosi. Tapi satu kelemahan Expo Pengantin adalah, korang kena book promosi tu dalam masa expo tersebut. So, sediakan la duit dalam akaun boleh transfer je.
Dekat expo ni la korang boleh cari venue sekali dengan full pakej makanan, pelayan, meja/kerusi, pelamin, photographer, baju sewa dll. Masa tu pun korang boleh testing makanan terus. Kalau sedap & murah why not ambik je kan? Korang nak perfect cemana lagi? Kena rebut tau, takut tarikh yang korang nak kawen tu tak free pulak. Satu lagi kalau korang memang dah set nak buat baju sendiri atau pilih photographer sendiri boleh nego dengan orang yang promo di booth untuk tolak dari harga pakej. Lagi jimat sebenarnya kalau korang ambik terus full pakej sebab korang takyah pikir dorang setelkan. Masa I pegi expo dulu I ambik pakej venue Zarlith Event Management yang muat 1000 pax. Total pakej berharga RM28,000 gitu. Tolak photog and baju, dapat dalam RM25,500. Makanan pun sedap, ramai yang puji. Lebih dari cukup sebab kami tak jemput ramai orang. Ni adalah kos yang paling mahal dalam bajet kiteorang. So bayaran paling mahal dah setel.
Btw, nak tempah venue ni nanti ada bayaran deposit. Mahal jugak I tak ingat. Tapi I tak kira dalam bajet sebab dapat balik duit tu. Jadi nak kawen nanti simpan lebihan duit untuk segala deposit yang tak terjangka.
![]() |
| Ni pelamin Zarlith. Cantik kan? Murah pulak tu. |
Step 2: Photographer (RM5,600)
Ni kiteorg gedik nak photographer yang power, tapi ambik jugak kat expo yang sama. Kiteorg ambik pakej photographer Atelier Porto. Harga pakej RM5,599. Pakej ni termasuk gambar dan video nikah, sanding, album + pendrive, fast edit (nikah video untuk disiarkan hari sanding sebab sanding sehari selepas nikah), outdoor photoshoot dan 2 frame besar. Walaupun mahal, kiteorg nak kualiti gambar terbaik so kena spend lebih sikit.
Step 3: Kad Kawen (RM1,800)
Part ni best sebab masa I pegi expo kawen tu ada banyak company yang buat pakej kad kawen + banyak lagi benda. Pakej kad kawen I ambik dengan Clamour Printing ni termasuk 1000 kad kawen, photobooth (best gila ok), guestbook, kotak doorgift dan bunting kawen. Murah gila. Ramai gila suka photobooth. Kad kawen I pun cantik, cuma tak boleh design sendiri. Dorang ada template sendiri walaupun dekat expo tu kata boleh design sendiri for free. Nak design sendiri kena tambah extra payment rupanya. Hmm redho je la.
Step 5: Doorgift (RM900)
Doorgift ni I cari kat Facebook. I ambik dengan Kay Gifts KL. Dorang ada bagi brochure dengan jenis-jenis doorgift. I suka chocolate so I ambik pakej kotak choc 4 pieces dengan kotak doorgift sekali. Dalam pakej tu dia bagi sekali 2 bunting untuk sanding nanti. Sekotak coklat tu RM1.80. Kiteorang just beli 500 kotak je sebab nak jimat& kami pun tak jemput ramai dalam 500 pax. Bagi kiteorg doorgift ni tak penting sangat so siapa yang tak dapat tu tak dapat la. Haha.
Step 4: Baju Nikah + Sanding (RM6,400)
Baju nikah pun I tak ambik sewa sebab I jenis nak simpan baju. Baju nikah I dah set nak buat dekat butik Gerbera di TTDI. Kain nikah beli dekat Gulati's tapi I tak recommend la kalau nak beli kain yang murah. Gulati's and Jakel memang mahal tapi kain-kain dia memang cantik. Tapi I rasa banyak lagi tempat korang boleh dapat murah. Kain baju nikah and veil I beli je dah dalam RM2000 (ikut meter jugak).Tempah buat baju dengan Gerbera pulak dalam RM1,300. So total spent untuk baju nikah je dah RM3,300. Shawl nikah beli kat Aidijuma di Kelantan dalam harga RM20. Baju nikah laki pulak beli kat Jakel and tempah buat kat Jakel jugak. Total baju nikah laki adalah dalam RM200. Sampin pun beli kat Jakel berharga RM400. Tu pun kira yang paling murah kat situ... err~~~. Songkok RM30 & setel baju nikah. Crown pulak I beli dekat Inamorata.my berharga RM89.
![]() |
| Baju nikah I and husband |
Untuk sanding, I nak honour keturunan India so I pilih nak buat Baju Lengha. Kain I beli dekat Tilak's Saree House kat Masjid India berharga dalam RM800. Tempah buat baju di kedai yang sama dalam RM200. So total dalam RM1,000. Lagi murah dari kain nikah lol. Shawl sanding beli kat booth The Curve je harga RM10. OMG nak cari kain shawl sama kaler dgn baju masa tu memang payah gila. Nasib baik jumpa yang sebijik pada harga murah. Baju sanding suami pulak beli kain and tempah buat di Masjid Jamek, total RM1500. Kain tempah dari India okay. Murah tak murah.
![]() |
| Baju sanding I and suami |
Step 5: Cincin (RM2,000)
Cincin ni kiteorang beli lambat sebab I jenis tak pakai barang kemas so cincin bukan keutamaan. Bajet cincin kami berdua adalah kurang RM1000 seorang. Tapi jangan harap dapat cincin cantik kalau bajet kurang daripada tu haha. Cincin I husband yang belikan harga RM1,500. Cincin I beli untuk husband dalam RM400. Total dalam RM2000 so kira ikut bajet la kan. Hehe.
![]() |
| Cincin nikah |
Step 6: Kasut Kawen (RM700)
Kasut nikah I beli jenama Zang Toi yang I beli dekat mall The Gardens, harga dalam RM200. Kasut sanding I beli dekat Christy Ng harga dalam RM200 jugak. Husband I beli kasut offer kat Parkson dalam RM250 - yang ni dia guna untuk nikah and sanding. Alaa nikah kat masjid nanti pun kena bukak. Hehe. So dia tak kisah. Cuma I gedik sikit nak beli jugak.
Step 7: Emcee (RM1000)
Emcee sebenarnya tak perlu pun sebab memang ada dalam pakej venue. I nakkan emcee yang berbahasa Inggeris sebab kebanyakkan family members and kawan I and husband bukan Melayu. Emcee professional ni pun kawan uni kiteorang, so senang nak setel. Dia ni kira macam planner majlis sekali sebab pelan untuk sanding dia yang buat. Senang hidup I.
Step 8: Nikah (RM250)
Nikah murah je uolls. Nikah kiteorg buat dekat Masjid Besi, Putrajaya. Nak tempah tempat nikah kena bayar dalam RM100 je. Bayaran selebihnya adalah bayaran-bayaran nak setel borang dalam RM100 lebih jugak. Total lebih kurang RM250.
![]() |
| I pilih Masjid Besi sebab tak pening fikir pasal cantik ke tak cantik venue nikah dalam gambar. Sah-sah cantik XD |
Step 9: Jamuan selepas nikah (RM2,500)
Jamuan lepas nikah ni kiteorg buat tak besar pun, hanya untuk jemputan-jemputan nikah je. Total dalam 40 orang. Memandangkan takde dewan makan kerusi meja dalam masjid, kiteorg tempah restoren kedai Arab dekat dgn masjid, Balqis Restaurant. Kedai ni memang sedap gila, owner pun baik. Cuma owner dia slow sikit reply mesej. Korang boleh bagitau bajet sekepala nanti dia akan adjust makanan berdasarkan bajet korang. Kiteorg letak RM30 sekepala untuk 30 orang mula-mula. Tapi taktau pulak krew photog pun join makan lol. Dengan tambahan ahli keluarga lain yang datang. Total dalam RM2,500 jugak habiskan untuk jamuan tu. Tapi alhamdulillah semua orang suka makanan and kami pun anggap sedekah je. So takpela spend banyak tu.
Step 10: Inai & Mekap (RM380)
Inai ni kalau takde pun takpe. I yang gedik pulak nak inai putih untuk nikah dan inai merah untuk sanding. Orang buat inai ni pun I cari kat IG je. Alhamdulillah okay sangat-sangat. Inai merah I tahan 3 bulan kot. Cantik pun cantik. Inai putih ni lagi mahal daripada inai merah, sebab tu I bayar mahal sikit untuk inai. Tapi ikut korang, lagi simple design inai, lagi murah. Tak perlu pun buat inai putih. Korang paham-paham je la perangai I kan? Okay, mekap pulak sebab I pun reti mekap, I buat mekap sendiri. Barang-barang kosmetik pulak I beli lama dah cuma memang simpan untuk nikah & sanding. So I tak masukkan dalam bajet kawen.
![]() |
| Inai putih untuk nikah |
![]() |
| Inai merah untuk sanding |
I rasa tu je la kot yang kiteorg belanjakan untuk kawen. Sebenarnya dalam barang-barang yang I mention kat atas tu boleh je nak kurangkan. Dia jadi mahal sebab I yang gedik-gedik nak tambah. Contoh kalau korang ambik pakej venue sekali dengan baju sanding, emcee and photog dah save dah. Baju nikah pun banyak yang dah RTW and murah-murah. Banyak je cara untuk korang kurangkan kos tapi kalau berkemampuan tambah la apa-apa yang korang nak.
Ok tu je la kot. Panjang pulak cerita. Harap-harap membantu.










